Galeri sains petroleum yang dibuka sejak 1999 itu menjadi daya tarikan hebat kepada orang ramai khususnya kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk menerokai dunia sains dan teknologi secara lebih dekat dan mendalam.

Berkunjung ke situ bagaikan memasuki pusat gedung yang dilengkapi pelbagai ruang pameran, alat-alatan dan bahan kelengkapan yang boleh digunakan sebagai satu bentuk aktiviti mengujakan untuk pengunjung.

KEMUDAHAN interaktif turut disediakan kepada pengunjung.
KEMUDAHAN interaktif turut disediakan kepada pengunjung.

Bagaimanapun, ia bukanlah sekadar aktiviti menyeronokkan sebaliknya sarat dengan maklumat dan pengetahuan interaktif berhubung dunia sains, teknologi, kejuruteraan, sejarah, geografi dan alam sekitar.

Sudah pasti ruang-ruang diketengahkan itu mempunyai daya tarikan kepada pengunjung terutama pelajar untuk berhibur sambil mempelajarinya secara praktikal, sekali gus melengkapkan ilmu teori yang di pelajari mereka di sekolah.

DUA pengunjung tertarik melihat replika dinosaur yang dipamerkan
DUA pengunjung tertarik melihat replika dinosaur yang dipamerkan di Petrosains di tingkat empat Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Dengan menerapkan elemen seperti audio, visual, 3D dan hologram ke atas lebih 150 bahan pameran itu, ia menambahkan lagi keseronokan kepada pengunjung malah tidak jemu untuk merasai sendiri siri penjelahanan tersebut menerusi deria sentuhan dan penglihatan mereka.

Ini menjadi satu pengalaman bermakna bagi pengunjung yang akan mendorong minat mereka untuk menceburi bidang sains dan teknologi malah bercita-cita menjadi seorang saintis, angkasawan, jurutera dan ahli arkeologi.

Terdapat lebih 10 daripada check point yang perlu dilalui pengunjung di mana setiap check point itu mempunyai pelbagai bentuk bahan pameran, alat-alatan serta aktiviti mengujakan dengan dibantu sukarelawan bertugas.

ANTARA program interaktif yang disediakan kepada pengunjung.
ANTARA program interaktif yang disediakan kepada pengunjung.

Antara check point itu adalah perjalanan sekilas masa, ruang angkasa, stesen sains, pelantar minyak, bengkel kreatif, teater 3D, digi cybersafe, sparkz, dunia molekul nano dan makmal permainan.

Penerokaan melintasi setiap check point itu perlu mengambil masa antara dua hingga empat jam bergantung kepada aktiviti dan ruang pameran dilawati malah berpeluang membawa pulang sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan di kedai Petrosains.

Sepanjang 19 tahun beroperasi, Petrosains menerima kehadiran jutaan pengunjung dari seluruh negara dan agensi itu akan terus komited menyalurkan sumbangan serta idea dalam usaha mempromosikan pembelajaran sains dan teknologi khususnya kepada anak bangsa.

PELAJAR merasai sendiri siri penjelajahan menerusi aktiviti disediakan.
PELAJAR merasai sendiri siri penjelajahan menerusi aktiviti disediakan.

Orang ramai yang berminat mengunjungi Petrosains boleh mendapatkan tiket di kaunter atau secara tempahan di talian 03-2331 8181 pada harga serendah RM7.50 hingga RM18.50 (kanak-kanak dan dewasa).

Petrosains yang berkeluasan lebih 70,000 meter persegi dan terletak di aras empat pusat beli-belah Suria KLCC itu dibuka dari Selasa hingga Ahad bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.