Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata, pertandingan itu dibuka kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tiga kategori iaitu kategori terbuka, restoran atau hotel dan masjid.

“Tujuan utama penganjuran pertandingan ini adalah bagi memperkenalkan bubur lambuk ke serata dunia selain menambah minat generasi muda terhadap warisan masakan tradisional,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE