Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Membela nasib karyawan terabai

JUALAN amal baju terpakai adalah antara pendekatan yang diambil 2
JUALAN amal baju terpakai adalah antara pendekatan yang diambil untuk mengumpul dana bagi operasi harian Sanggar Teater Fauziah Nawi. UTUSAN/NOOR AZLINA JAAFAR

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sanggar Teater Fauziah Nawi diwujudkan untuk membantu dalam usaha membela nasib warga kerja industri penerbitan dan perfileman tempatan yang kini berada dalam kesusahan.

Menerusi usaha itu, program Misi Kemanusian Karyawan Seni (MKKS) di­lihat mampu membantu mereka yang memerlukan terutama yang dihimpit masalah kewangan dan pekerjaan.

Menurut Pengasas MKKS, Natili Shamsudin, misi itu digerakkan selepas melihat nasib hidup golongan berkenaan se­perti ter­abai sehingga ada yang tidak mempunyai tempat bergantung.

“Masalah ini timbul bermula pada diri saya sendiri yang tidak mendapat tawaran pekerjaan selain bayaran kerja bagi belakang tabir industri seni tidak memberangsangkan.

“Jadi saya rasa terpanggil untuk bangkit dengan menggerakkan misi ini untuk membantu diri saya serta rakan-rakan yang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Natili memberitahu, seramai 28 orang berjaya dikesan sedang menjalani kehidupan tidak ubah seperti gelandangan.

Menurutnya, sesetengahnya tidak mampu menyewa rumah dan ada yang terpaksa merempat di tempat yang tidak sepatutnya.

“Kita berharap agar mereka dapat bersama-sama kami menjayakan misi ini selain dapat membantu mereka yang memerlukan seperti bantuan tempat tinggal sementara, makanan dan minuman, perubatan serta mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Sukarelawan MKKS, Mohd. Ridzuan Amdan berkata, melihat kepada kejayaan misi tersebut, inisiatif ini berhasrat untuk mewujudkan satu tempat yang boleh dijadikan rumah transit sementara kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Sanggar yang bertempat di No. 9B, Jalan Sulaiman 3, Taman Sulaiman Putra, dekat sini itu sedia menerima golongan karyawan seni selain sokongan motivasi kehidupan.

Mereka yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sanggar Teater Fauziah Nawi di talian 03-4253 5393.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain