MDHS menawarkan pengurangan cukai taksiran untuk golongan OKU di kawasan pentadbirannya. - UTUSAN ONLINE

MDHS dalam kenyataan memaklumkan, syarat layak permohonan mestilah harta tanah (pegangan) dimiliki pemilik harta tanah dalam kalangan OKU dan mereka yang mempunyai kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kad OKU berdaftar .

“Mereka (OKU) diminta mengemukakan dokumen yang ditetapkan seperti satu salinan kad JKM, kad OKU, kad pengenalan, perjanjian jual beli, bil cukai taksiran terkini, slip gaji atau surat pengesahan jumlah pendapatan bulanan daripada JKM,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan tersebut boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDHS di talian 03-60641331 sambungan 138. - UTUSAN ONLINE