MDHS dalam satu kenyataan memberitahu, antara barangan yang dirampas adalah kipas, pemecah konkrit, pemotong besi dan komputer kamera litar tertutup (CCTV).

“Pihak kami telah melakukan pemeriksaan dan mendapati kilang itu beroperasi tanpa lesen dan pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan di Daerah Kuala Langat.

“MDHS akan terus komited dalam usaha membanteras aktiviti kitar semula plastik import secara haram dan tidak mematuhi syarat-syarat teknikal lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE