MDHS dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, program yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 petang itu dikenakan bayaran sebanyak RM180 seorang.

“Mereka yang berminat boleh membuat pembayaran secara tunai atau melalui kad debit dan kredit.

“Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum hari pendaftaran dan penyertaan akan ditutup pada Isnin ini,” menurut laman web tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 03 8084 1331. - UTUSAN ONLINE