Kejohanan yang julung kalinya dianjurkan merupakan satu usaha MCCF dalam menghargai sumbangan petugas media selain mengamalkan gaya hidup sihat menerusi membudayakan sukan.

Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, program ini melibatkan beberapa kumpulan media akhbar cetak dan elektronik arus perdana, portal berita selain penglibatan beberapa persatuan termasuk Persatuan Seniman Malaysia, Sifu Bikers dan Bank Islam Cawangan Seri Gombak.


“Kejohanan ini diadakan bagi menghargai sokongan dan kerjasama pihak media selama ini.

“MCCF berharap agar program ini dapat diadakan secara tahunan dengan penglibatan lebih ramai wakil media, selain mempromosikan budaya sukan ke arah gaya hidup sihat dalam komuniti,’ katanya di sini hari ini.


Pada kejohanan tersebut, Media Prima Berhad merangkul gelaran juara dan naib juara diikuti oleh Bank Islam Cawangan Seri Gombak di tempat ketiga sementara Utusan Malaysia mendapat tempat keempat. 

Kejohanan kali ini turut diserikan oleh penyertaan dari Persatuan Seniman Malaysia yang diwakili oleh Hairie Kool, Zack Kool, Rena Tan, Zarina Raja Lawak. - UTUSAN ONLINE