Ahli Majlis MBPJ, Sean Oon Chong Ling berkata, dalam serbuan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran itu, pihaknya turut mengeluarkan 11 kompaun atas pelbagai kesalahan.

“Antaranya, premis kotor, pekerja tidak mendapat suntikan tifoid, tidak memakai apron dan sarung tangan, memasak di belakang premis dan premis menjadi sarang pembiakan tikus dan serangga.

“Arahan penutupan itu dilaksanakan serta merta sehingga 14 hari dan sepanjang tempoh itu pemeriksaaan sekali lagi akan dilakukan bagi memastikan premis berkenaan benar-benar bersih,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE