Ahli Majlis Perwakilan Penduduk MBPJ Zon 3, Mohd. Majeman Nyono berkata, pihaknya memerlukan penjelasan secara terperinci mengenai punca Shatiri dilucutkan jawatan sedangkan tempoh perkhidmatannya masih berbaki empat bulan.

“Jika jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati penduduk, ini membuktikan Kerajaan negeri Selangor dan MBPJ gagal menjalankan peranan secara profesional dan telus.

“Hal ini kerana, pada hemah kami dia merupakan pemimpin masyarakat yang menjalankan tugas dengan dedikasi dan cemerlang melangkaui perbezaan bangsa, agama serta ideologi politik,” katanya di Dewan Kota Damansara Seksyen 6, Kota Damansara, semalam. - UTUSAN ONLINE