Di Subang Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan kira-kira 1,375 tapak sekitar Puchong dan Bandar Kinrara, manakala di di Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan sebanyak 1,551 tapak di beberapa lokasi tumpuan sekitar Damansara dan Kelana Jaya.

Timbalan Pengarah Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, larangan terhadap penggunaan bekas makanan polisterina masih konsisten se­perti tahun-tahun sebelum.

Bagaimanapun katanya, penggunaan pembungkus makanan plastik yang mudah urai dibenarkan dan penjaja diwajibkan meng­uruskan bahan buangan mereka sejurus selesai tempoh perniagaan.

“Orang ramai yang ingin meng­unjungi bazar Ramadan juga digalakkan membawa bekas makanan sendiri bagi melestarikan inisiatif MPSJ mewujudkan persekitaran mesra alam,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu MBPJ memaklumkan, kesemua penjaja diwajibkan mematuhi syarat sah permit yang dikeluarkan sepajang bulan Ramadan mulai 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, tempoh perniagaan adalah dari pukul 4 petang sehingga 7.30 malam dan peniaga hanya dibenarkan menjual makanan atau minuman seperti tercatat dalam permit sahaja.

“Pemantauan lebih kerap akan dijalankan tahun ini bagi mengelak sebarang kegagalan pematuhan syarat seperti meninggalkan struktur di tapak, tidak mengikut nombor petak ditetapkan, menukar jenis jualan serta penambahan petak.

“Peniaga termasuk pembantu juga adalah diwajibkan mengambil suntikan Thypoid (demam kepialu) serta perlu menitikbe-ratkan soal kebersihan dan ke-selamatan makanan dengan memakai apron dan topi sepanjang operasi,” menurut MBPJ dalam kenyataannya di sini.