Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan pelantikan kontraktor tidak bertauliah oleh sektor berkenaan telah mengakibatkan peningkatan lambakan sampah haram sebanyak 3,274.44 tan dalam kawasan pentadbirannya tahun lalu.

“Sektor yang terlibat antaranya adalah kilang, gedung perniagaan, bangunan pejabat, hotel, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta restoran dan penjaja bergerak berlesen.

“Sebanyak 23 buah syarikat telah berdaftar sebagai panel kontraktor swasta yang termaktub kepada syarat antaranya melupuskan sisa pepejal di tapak yang dibenarkan,” demikian menurut kenyataan itu, di sini hari ini.

Menurut MBPJ lagi, ketetapan tersebut juga menjadi prasyarat untuk permohonan lesen perniagaan, lesen penjajaan, permit menganjurkan program, permit menutup jalan, bantuan kawalan keselamatan dan lalu lintas, lesen perniagaan tahunan dan kelulusan permit. - UTUSAN ONLINE