Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pengiktirafan itu sebagai tanda penghargaan kerana mematuhi segala syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

“Syarat lesen merupakan aspek yang sangat penting ditekankan kepada peniaga seperti mempamerkan lesen perniagaan dan menjalankan perniagaan di petak ditetapkan serta mengikut jenis jualan yang tertera di lesen.

“Bagi syarakat kesihatan pula, majlis menekankan terhadap pematuhan pemakaian apron, topi dan sarung tangan, memastikan keadaan makanan atau minuman ditutup dengan rapi, membersihkan kuku dan tangan sebelum dan selepas berniaga.

“Peniaga yang mematuhi syarat ini akan dikategorikan sebagai peniaga berintegriti seiring dengan tema pada tahun ini,” katanya ketika berucap dalam program Turun Padang Datuk Bandar ke Bazar Ramadan Mampan.

Sebanyak 250 petak perniagaan disediakan di Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya yang merupakan salah satu daripada 20 lokasi perniagaan di sekitar Petaling Jaya sempena Ramadan. - UTUSAN ONLINE