Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, program tahunan yang menjadi amalan tradisi itu bertujuan menghargai komitmen kerja ditunjukkan kakitangan sepanjang berkhidmat dengan MBPJ.

“Selain itu, MBPJ turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 kepada 100 orang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya dan keluarga anak ramai yang tinggal di sekitar Petaling Jaya.

“MBPJ berharap supaya pemberian ini dapat meringankan beban tanggungan golongan itu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2018 di sini semalam.

Pada majlis itu, pihaknya turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 19 pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah atas prestasi cemerlang menduduki peperiksaan. - UTUSAN ONLINE