Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, program sempena Ramadan itu bertujuan merapatkan silaturrahim antara warga MPBJ dan pengamal media.

“Selain itu, ini juga sebagai salah satu bentuk sumbangan dan penghargaan majlis kepada media yang telah banyak membuat liputan dan melaporkan isu-isu semasa berhubung MBPJ,” katanya.

Pada majlis yang disertai seramai 100 tetamu itu, pengamal media antaranya Utusan Malaysia, The Star dan Selangor Kini diraikan dan menerima sumbangan barangan berupa kuih-muih, biskut dan kek hari raya. - UTUSAN ONLINE