Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar berkata, sebanyak 15 tan menyamai kira-kira 200 kilogram makanan sehari telah diproses sejak pusat berkenaan dibuka pada Mei lalu di SS2, di sini.

“Sebanyak enam jenis produk berjaya dihasilkan melalui projek ini. Tiga daripadanya adalah produk asas iaitu baja kompos cecair, biogas dan baja kompos kering manakala selebihnya baja cecair, pengawal bau busuk serta tanaman organik dan hidroponik,” katanya ketika berucap merasmikan kemudahan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE