A. ASHKUMAR, 37

Petaling Jaya Utara

JAWAPAN: Untuk makluman semua, pejabat cawangan Petaling Jaya Utara (PJU) akan dibuka pada Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang termasuk cuti umum sepanjang Ogos ini. Antara kaunter yang dibuka ialah kaunter pembayaran kompuan, kaunter pembayaran cukai taksiran, kaunter pengurusan aduan, kaunter lesen perniagaan, kaunter tempahan dewan dan lain-lain lagi.

Orang ramai terutama penduduk di kawasan PJU digalakkan mengambil peluang sempena cuti hujung minggu itu untuk menyelesaikan urusan mereka di pejabat cawangan tersebut.

DATUK MOHD. AZIZI MOHD. ZAIN

Datuk Bandar Petaling Jaya