MBPJ dalam satu kenyataannya berkata, pembukaan kaunter bergerak tersebut bertujuan memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan itu.

Sementara itu, katanya, Hari Bertemu Pelanggan MBPJ akan diadakan pada Jumaat ini bertempat di Ibu Pejabatnya di Aras Satu bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Program tersebut memberi platform kepada masyarakat khususnya penduduk di Petaling Jaya untuk bertemu dengan pihak pengurusan serta menyalurkan aduan atau maklum balas,” menurut kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE