MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). - GAMBAR: UTUSAN ONLINE

MBPJ dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, program yang bermula seawal pukul 6.30 pagi itu menyediakan 500 baju t-shirt kepada orang ramai yang mendaftar dan medal ‘finisher’ kepada 500 peserta terawal yang menamatkan larian.

“Larian ini dianjurkan sempena Karnival 3W (Wellness, Welfare, Women) 2019. Kami mengalu-alukan penyertaan semua pihak sebelum pertandingan ditutup esok.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran di talian 03- 79552381,” menurut laman web tersebut. - UTUSAN ONLINE.