Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam satu kenyataan berkata, acara itu selaras dengan hasrat Majlis mempromosikan bandar raya Petaling Jaya sebagai lokasi pelancongan sukan dalam bandar.

“Penganjuran kejohanan itu menjadikan MBPJ sebagai pihak berkuasa tempatan berstatus bandar raya pertama menganjurkan kejohanan sukan motosikal lasak dalam bandar di Malaysia melalui program PJ KITA.

“MBPJ berhasrat menjadikan sukan motosikal lasak sebagai antara aktiviti riadah komuniti dalam bandar disamping menganjurkan pertandingan peringkat negeri dan bertaraf antarabangsa,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Tambah kenyataan itu, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu Novice, CKD, Cubcross, Veteran, Expert,Women, Kadet dan Junior.

“Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 13,800 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

“Turut memeriahkan acara yang berlangsung selama dua hari itu selebriti tanahair antaranya Black, Fizo Omar, Hazama, Achey, Villa Hafiz, Qody Mentor, Mamak Puteh, Pablo dan Man sixpoint two,” menurut kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE