MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, program yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 4 petang itu diadakan sempena sambutan Hari Bumi setiap 22 April.

“Antara aktiviti yang disediakan adalah jualan bahan tanaman tumbuhan seperti bahan kompos cecair, anak pokok, biji benih serta demonstrasi penggunaan kaedah penanaman sayur-sayuran secara hidroponik.

“Inisiatif itu merupakan salah satu usaha untuk menghargai dan menyemai rasa tanggungjawab di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi bumi serta alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini- UTUSAN ONLINE.