Beroperasi di Jalan Dagang, Ampang, Selangor, senarai menunya menjanjikan hidangan dengan nama dan rasa yang unik antaranya Spaghetti Percik, Maxandcarl Ikan Singgang, Nasi Ulam Kota Bharu, Oh My Fish & Chip dan paling mendapat sambutan, Suriani Nasi Kukus.

Pemiliknya, Rosli Afizul Haikal Che Ngah, 31 berkata, restoran ini dibuka setiap hari bermula pukul 12 tengah hari dan berhenti beroperasi pada pukul 1 pagi.

“Kami mulakan perniagaan ini sejak 2015 dengan memperkenalkan Suriani Nasi Kukus memandangkan hidangan tersebut terkenal di Kelantan dan kini permintaannya semakin bertambah.

“Selain itu, restoran kami juga turut mengusahakan perniagaan katering untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan selain membuat penghantaran makanan ke kediamann dan pejabat,” katanya.

Orang ramai berminat boleh melayari laman facebook ‘Maxandcarl’ atau hubungi Mahmud Abu Bakar di talian 012-5038665. - UTUSAN ONLINE