POSTER pameran gerai jualan produk pelancongan Negeri Sembilan di MATTA Fair yang akan berlangsung di PWTC esok.

Jurucakap Lembaga Pelancongan Neger Sembilan, Noor Hairunnisa Mohamad berkata, tawaran itu dibuat bagi meningkatkan jumlah pelancong ke Negeri Sembilan mengatasi jumlah tujuh juta yang direkodkan tahun lalu.

“Pada MATTA Fair kali ini kami mengumpulkan kira-kira 16 pempamer yang terdiri daripada pengusaha hotel, resort serta agensi dan produk pelancongan dari Negeri Sembilan.

“Selain pantai peranginan yang cantik di Port Dickson, daerah seperti Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah turut sama menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik untuk dinikmati pengunjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Hairunnisa, Negeri Sembilan adalah lokasi strategik untuk pelancong kerana kedudukannya yang tidak terlalu jauh dari Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pengunjung boleh mengunjungi gerai pelancongan Negeri Sembilan yang bernombor 4067 hingga 4074 di tingkat empat PWTC untuk mendapatkan pelbagai pakej yang ditawarkan,” katanya.- UTUSAN ONLINE