Pengarah Urusan Kesturi, Tan Sri Lim Keng Cheng berkata, daripada jumlah itu, setiap masjid dan surau menerima RM4,000 dalam pendekatan tanggungjawab sosial korporat syarikat itu bagi membantu komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya berkenaan.

“Kesturi berharap agar sumbangan ini dapat membantu menyemarakkan lagi program keagamaan yang diadakan bersempena dengan sambutan Awal Muharam yang akan datang,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. Duke, Zakaria Shaffie dan Pengurus Kanan Korporat Ekovest, Ahmad Nasir Mohd. Said. - UTUSAN ONLINE