Rampasan dibuat pada pukul 8.30 malam di laluan domestik lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut MAQIS, pegawai penguatkuasa MAQIS telah membuat pemeriksaan bagasi di laluan domestik berkenaan dan mendapati seorang warganegara Myanmar telah membawa masuk buah mangga melalui transit dari Kuala Lumpur dengan anggaran berat sebanyak 20 kg. tanpa sebarang dokumen importpermit (IP) daripada MAQIS dan sijil fitosanitasi dari negara Myanmar.

Jelasnya, buah mangga tersebut merupakan komoditi kawalan pertanian yang berisiko dan juga dilarang membawa masuk tanpa mempunyai sebarang dokumen yang lengkap bagi bagi mengelakkan risiko kemasukan perosak seperti kumbang pengorek buah mangga, (spesies Sternochetus mangiferae).

“Perbuatan mengimport buah mangga tanpa mempunyai permit import yang sah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan , boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut MAQIS, pihaknya akan memastikan orang awam dan pengimport mematuhi undang-undangserta peraturan yang telah ditetapkan.

Langkah itu bagi menjamin keselamatan makanan negaraagar produk makanan yang diimport selamat, tidak mempunyai perosak, penyakit dan juga berkualiti untuk dimakan bagi kesejahteraan rakyat, jelasnya. - UTUSAN ONLINE