Ketua Pengarah Maqis, Datuk Mokhtaruddin Husain berkata, ia dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti penyeludupan benih padi Black Madras berulang.

“Sekiranya terdapat kemasukan produk dan hasil tumbuhan tanpa permit yang sah (benih padi) tindakan undang-undang akan dikenakan.

“Bagi pengimportan produk pertanian, ia mestilah mempunyai import permit yang sah, sijil filonsanitari dan permit dari Jabatan Pertanian,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE