Keadaan tersebut ternyata cukup mengecewakan penduduk dan pengguna di sekitar jalan ber­kenaan kerana ia merupakan laluan utama orang ramai.

Dakwa penduduk, walaupun kemalangan sebelum ini tidak sampai meragut nyawa namun bimbang ia akan membahayakan mereka kerana malang tidak berbau.

Sehubungan itu, Majlis Ban­daraya Shah Alam (MBSA) digesa segera turun padang dan menyelesaikan isu kerosakan jalan di situ.