Larian itu terbuka kepada dua kategori iaitu ‘Fun run’ dan juga Orang kurang upaya berkerusi roda.

Presidennya, Datuk Seri Halim Ibrahim berkata, program tersebut bertujuan mengumpul dana bagi mempertingkatkan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat khususnya golongan sasar.

“Persekitaran yang harmoni serta penyayang juga dapat diwujudkan supaya setiap individu hidup dalam keadaan sihat, produktif serta berdikari.

“Selain itu, orang ramai juga dapat mengenali dan memahami fungsi sebenar Makpem sebagai badan induk kepada semua pertubuhan kebajikan dan pembangunan masyarakat,” katanya. - UTUSAN ONLINE