Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Makna memancing bagi warga kota

ORANG ramai mengambil peluang sempena cuti hujung minggu untuk 4
ORANG ramai mengambil peluang sempena cuti hujung minggu untuk menyertai PJ Joran 2017 di Tasik Taman Bandaran, Kelana Jaya, baru-baru ini. - UTUSAN

PETALING JAYA 5 Mac - Aktiviti memancing untuk segelintir peminat joran adalah sesuatu yang mengasyikkan namun mungkin dianggap satu kegiatan membazir waktu dan tenaga bagi mereka tidak memahami keseronokannya.

Walaupun aktiviti ini banyak menguji kesabaran seseorang tetapi ia tetap dijadikan hobi kepada warga kota kerana inilah peluang untuk mereka menghilangkan tekanan kerja sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Demikian cabaran dan keseronokan yang dihadapi seramai 770 peserta apabila menyertai PJ Joran 2017 di Tasik Taman Bandaran, Kelana Jaya anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 25 Februari lalu.

Program tahunan yang bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang itu itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakan dan keluarga, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan antara mereka.

Dalam acara itu, Ikhwan Saiful Anwar, 40, dari Johor dinobatkan sebagai pemenang selepas menaikkan ikan patin seberat 1.905 kilogram, sekali gus menewaskan pencabar ditempat kedua dan ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd Zain. Turut hadir, Timbalannya, Johary Anuar. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain