Penolong Pengarang Majalah Al Islam, Norimanah Seman berkata, program itu dianjurkan dengan matlamat untuk berkongsi pengalaman dan motivasi kepada pelajar untuk menjana pendapatan sendiri.

“Kali ini pihak kami dengan kerjasama Lolalove Cosmetics menjayakan aktiviti gotong-royong bersama 15 gadis Lolalove untuk membersihkan kawasan persekitaran kolej.

“Selain itu, kami turut menyerahkan Wakaf Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) iaitu majalah Al Islam, Infiniti dan iSihat tajaan Lolalove Cosmetics kepada Pengetua Kampus UKM Kampus Kuala Lumpur dan para pelajar yang terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas Lolalove Cosmetics, Aza Norezrin dan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Dr. Shazli Ezzat Ghazali. - UTUSAN ONLINE