MAIMUNAH MOHD. SHARIF
MAIMUNAH MOHD. SHARIF

Menerusi akaun Twitternya, beliau dilaporkan mengangkat sumpah dihadapan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres di ibupejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pada 30 Januari pukul 2.00 petang waktu tempatan atau 31 Januari pukul 3.00 pagi waktu Malaysia.

Dalam masa sama, beliau turut mengangkat sumpah jawatan Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang dijawatnya sejak 1 Januari lalu.

Disember lalu, Maimunah mendapat sokongan sebulat suara dalam perhimpunan agung pertubuhan itu bagi jawatan Pengarah Eksekutif yang menjadikannya sebagai wanita Asia pertama menjawatnya.

Perlantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif menggantikan bekas Datuk Bandar Barcelona, Joan Clos yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu secara rasmi. - UTUSAN ONLINE