Menurutnya dalam satu kenyataan, kain rentang itu telah dialihkan semalam selepas pihaknya mendapati terdapat kesalahan ejaan.

“Pihak MAHB memberi jaminan kesalahan pada kain rentang ini tidak berlaku di lapangan terbang lain,” katanya di sini hari ini.

Kain rentang itu yang ditularkan sejak semalam telah mendapat teguran daripada orang ramai kerana mempunyai kesalahan ejaan pada ucapan “Mary Christmas” and “Happy New Years” yang sepatutnya dieja sebagai “Merry” dan “Year”.

Sementara itu, MAHB turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu tersebut. - UTUSAN ONLINE