Pengarah Eksekutif LPT2, Datuk Azman Ismail berkata, dua buah kereta peronda jenis Mitsubishi GT Lancer 2.0L diserahkan kepada unit EMPV Cawangan Trafik Bukit Aman untuk tujuan rondaan.

Katanya, PDRM memainkan peranan besar dalam membantu menangani isu-isu berkait rapat dengan operasi LPT2 seperti isu pemotongan dan kecurian pagar di lebuh raya ini.

“Dengan penyerahan kenderaan rondaan ini, kami percaya ia akan dapat memberikan impak positif terhadap keselamatan dan keselesaan semua pengguna di LPT2 kelak,” katanya dalam majlis penyerahan itu di sini hari ini.

PDRM diwakili Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor. - UTUSAN ONLINE