Kumpulan Lotte dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu membabitkan kerja-kerja penyediaan tanah yang berkaitan dengan projek petrokimia kumpulan tersebut iaitu Projek Lotte Chemical Indonesia New Ethylene (LINE) di Cilegon, Indonesia.

Majlis pecah tanah bagi kemudahan perekah etilena dan hiliran petrokimia yang berkaitan telah dilakukan pada Disember 2018.

Berdasarkan kontrak tersebut, LEC dan HEK akan menjalankan kerja-kerja penyediaan tanah sebagai operasi bersama yang ditubuhkan di bawah undang-undang Indonesia dengan nilai kontrak sebanyak 1.31 trilion rupiah (RM377.16 juta).

“Bahagian penyertaan LEC dan HEK dalam kontrak masing-masing adalah sebanyak 70 dan 30 peratus,” katanya. - UTUSAN ONLINE