Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), Ir. Rostam Shahrif Tami berkata, satu tempoh percubaan akan dilaksanakan bermula Isnin depan hingga 29 Disember ini.

Jelasnya, lorong kanan khas ini hanya melibatkan kenderaan ringan kelas satu akan bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi pada hari bekerja.

“Kon keselamatan akan diletakkan di sepanjang laluan berkenaan bagi kemudahan dan panduan para pemandu kenderaan. Pengguna yang ingin ke Hospital Serdang diminta tidak melalui lorong kanan sebaliknya melalui lorong tengah atau lorong kiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak SILK akan memantau pelaksanaan sepanjang tempoh percubaan itu dan para pengguna diingatkan agar peka dengan papan tanda bagi memastikan perjalanan yang lancar. - UTUSAN ONLINE