Pihak penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kota Seni Shah Alam itu bermula pukul 11 pagi hingga 6.30 petang.

“Pengunjung boleh menyaksikan pelbagai aktiviti seni, budaya dan ilmu antaranya persembahan puisi, kuiz interaktif, tarian, angklung dan busker.

“50 pengunjung bertuah berpeluang memenangi hadiah misteri dengan mengikuti akaun Facebook dan Instragram Kota Seni Shah Alam serta swafoto,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE