Antara punca berlakunya longgokan sampah di kawasan itu adalah penyediaan tong dan kekerapan kutipan sampah yang tidak lagi mampu menampung jumlah pembuangan sisa pepejal yang tinggi.

Longgokan sampah yang terbiar bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi mengundang pelbagai risiko penyakit, terutama di kawasan premis makanan.

Meskipun masalah ini banyak berlaku di kawasan yang jarang dilalui pelancong, masalah ini tidak sepatutnya dibiarkan dan langkah penyelesaian perlu dilakukan.

Tumpuan perlu diberikan di kawasan-kawasan yang menempatkan banyak hotel dan restoran. -UTUSAN ONLINE