Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Meru, Klang, Selangor mendapati, hampir keseluruhan longkang di laluan tersebut ditumbuhi semak samun dan dipenuhi sampah-sarap.

Pihak berkuasa sepatutnya lebih prihatin dalam menguruskan penyelenggaraan longkang kerana masalah sebegini boleh menyumbang kepada peningkatan kes denggi.

Selain itu, masalah sebegini juga menjadi punca banjir kilat yang seterusnya mengakibatkan kerugian harta benda terutama penduduk setempat. - UTUSAN ONLINE