Tambahan pula, negara ini kaya dengan variasi serta keunikan juadah mengikut budaya dan kaum tersendiri.

Menyedari perkara itu, Cafe Enak Rasa yang diusahakan anak tempatan bumiputera mengetengahkan kepelbagaian sajian yang menepati selera mereka yang sentiasa mencuba pelbagai jenis hidangan.

Antara yang menarik adalah makanan yang cukup popular dalam kalangan kaum Cina iaitu 'lolok' turut disediakan kepada mereka yang menggemari makanan jenis bersahaja tetapi menarik.

Pengurusnya, Salmi Hasim, hidangan lolok merupakan hidangan seumpama steamboat tetapi bezanya adalah dicucuk menggunakan lidi.

“Kita mendapat idea hidangan ini adalah daripada Ipoh, Perak yang cukup popular dalam kalangan penduduk berketurunan Cina di sana. Keunikan itu kita cuba pertaruhkan di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dan sudah tentu daripada sumber halal oleh pengedar yang sah.

“Pembuat hidangan lolok ini mengetahui selok-belok resipi bagi hidangan itu yang kita bawakan khas dari Ipoh. Harganya pula bermula dari RM1 hingga RM1.30 untuk secucuk,,” katanya.

Tambah Salmi, terdapat 24 jenis makanan yang disediakan untuk hidangan Lolok sahaja meliputi ketam, sayur, fu yong, kacang, bebola ikan dan kek ikan di mana selepas lolok dimasak dalam rebusan sup, ia akan disalut dengan tiga jenis sos iaitu sos pedas, kuah kacang dan sos tiram.

Katanya, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis makanan lain yang bermula daripada 7 pagi hingga 1 pagi iaitu nasi lemak, lempeng dan soto pada sebelah pagi diikuti nasi ayam, mee rebus serta hidangan masakan panas pada waktu tengah hari.

“Sebelah petang kami sedia untuk menghidangkan lolok yang mendapat sambutan sehingga ke malam hari serta masakan panas lain,” ujarnya lagi.