Ketua Pegawai Eksekutif Litrak dan Sprint, Sazally Saidi berkata, pihaknya turut menjalankan aktiviti gotong-royong, membaiki peralatan yang rosak dan mengecat semula pusat kebajikan tersebut.

Jelasnya, selain Litrak, syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya SMART turut bersama meraikan penghuni di situ.

“Kami menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda yang bertujuan membantu warga emas dan kanak-kanak kurang upaya di rumah kebajikan itu.

“Menerusi aktiviti kema­syarakatan seperti ini diharap dapat meringankan beban me­reka dalam menyambut kemeriahan Deepavali,” katanya baru-baru ini.

Menurut Sazally, para penghuni rumah kebajikan itu turut menerima sumbangan wang tunai, makanan kesihatan dan keperluan rumah.

“Litrak, Kesas, Sprint dan SMART telah membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi me­nganjurkan program ­tersebut.

“Kami berharap ia dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada penghuni berkenaan,” katanya.