SHAH RIZAL MOHAMED FAWZI

Ketua Jabatan Komunikasinya, Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, tindakan itu adalah wajar berdasarkan kepada skop dan had kuasa yang dibenarkan daripada aspek tindakan pencegahan dan proses menyelamat.

“Ini termasuk melalui tindakan responsif ‘Emergency Response Team Litrak’ di lokasi dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Dalam kejadian itu, pihaknya turut mengaktifkan beberapa pengurusan lencongan trafik di beberapa lokasi strategik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian kemalangan maut di kilometer 22.7 di Pusar Bandar Puchong arah Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang melibatkan dua buah kenderaan kira-kira pukul 6.56 pagi hari ini.

Kesan daripada kemalangan itu mengakibatkan kesesakan trafik yang luar biasa dari arah SS2, di Jalan Klang Lama dan Bukit Jalil menghala Pusat Bandar Puchong. - UTUSAN ONLINE