Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. dalam kenyataan memaklumkan, lencongan lorong kanan kedua-dua arah sepanjang 1.8 kilometer di MRR2 itu melibatkan kerja-kerja pemasangan cerucuk, struktur dan rasuk.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan. Bagaimanapun, laluan tiga lorong di kawasan tersebut masih dikekalkan.

“Ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit. Di samping itu, ‘Emergency Traffic Response Patrol’ akan bertugas selama 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pengguna disaran menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) untuk ke pusat bandar sebagai alternatif. - UTUSAN ONLINE