Acara itu bertujuan mengutip dana yang mana hasil daripada jualan dan lelongan tersebut akan disalurkan kepada Pertubuhan Kasih Kedah (Kasih Kedah).

Isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri Norzieta Zakaria selaku ketua badan kebajikan itu berkata, pengumpulan dana itu bertujuan untuk membantu masyarakat setempat yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan, perumahan, perubatan dan aktiviti lain.

Katanya, Kasih Kedah yang diperbadankan awal tahun ini bergerak seiring dengan objektif iaitu menjalankan aktiviti kebajikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik di negeri jelapang padi itu.

“Ini adalah hasrat kami untuk kembali menyumbang kepada rakyat melalui aktiviti dan program yang dapat memberikan manfaat kepada mereka,” katanya pada sidang media acara berkenaan baru-baru ini.

Majlis Makan Malam Gala Amal 2019 itu akan dihadiri barisan tetamu seperti pemain industri, pembuat dasar, pegawai kanan kerajaan, ketua industri terkemuka dan personaliti antarabangsa.

Sementara itu Menteri Besar Kedah yang juga penaung pertubuhan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri menyokong usaha mulia Pertubuhan Kasih Kedah menganjurkan acara kebajikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Majlis itu akan dihiburkan oleh artis terkemuka Datuk Sheila Majid, Harvey Malaiholo, Anuar Zain dan Marcell Siahaan. - UTUSAN ONLINE