Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.02 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dinaiki ketiga-tiga mangsa telah terbakar dan seorang daripada mereka disahkan maut.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan melibatkan pemandu treler berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.-UTUSAN ONLINE