-

Menurut kenyataan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), penutupan itu melibatkan dua laluan iaitu dari Shah Alam menghala ke Utara dan dari Utara menghala ke Shah Alam.

“Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif sepanjang penutupan. Mereka tidak perlu risau kerana Prolintas menyediakan penunjuk arah bagi memudahkan perjalanan.

“Antara laluan alternatif adalah Jalan Kuala Selangor ke Puncak Alam dan seterusnya ke Sungai Buloh, melalui Kampung Melayu Subang menghala ke Sungai Buloh dan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) untuk ke Kuala Lumpur, Kepong atau Puncak Alam,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Maklumat terkini mengenai penutupan sementara itu dan laporan trafik boleh didapati melalui akaun Twitter @GCEtrafik dan laman web www.prolintas.com.my atau hubungi di talian tol 1-300-88-0035. - UTUSAN ONLINE