MOHD. MUZAMMER

Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd. Muzammer Jamaluddin berkata, jumlah keseluruhan tawaran yang dibuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah sebanyak 900 unit meliputi dua blok rumah berkenaan.

“Kita menerima surat permohonan adalah sebanyak kira-kira 700 lebih daripada penduduk dan hanya sekitar 600 lebih sahaja yang berjaya.

“Daripada jumlah itu, 100 orang penduduk tidak menghantar permohonan dan lebihnya adalah masih lagi dalam proses penukaran nama hak milik dan urusan pinjaman,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Muzammer berkata, semua penghuni yang layak memberi unit akan diadakan sesi pengundian pada Isnin depan.

“Pendekatan yang dilakukan adalah sama dengan cara mengundi unit rumah masing-masing sebelum diserahkan kunci kepada pemilik,” katanya. - UTUSAN ONLINE