Kerana, ia cukup mendamaikan dan menenangkan jiwa selain pemandangan jelas terbentang luas di permukaan pantai tersebut.

Meskipun begitu, belum sempurna lawatan itu sekiranya tidak menikmati menu istimewa iaitu Sayap Ayam Madu Layang-Layangan yang turut dijual di Gerai Layang-Layangan yang ada di kawasan berdekatan pantai itu.

Usah bercakap soal rasa, yang pasti ia tidak akan mengecewakan kita semua. Apa yang penting, sekiranya sampai di sana diharuskan untuk mencuba.

Harga tidaklah mahal seperti di semenanjung, antara RM10 hingga RM15 sahaja berdasarkan kepada bilangan sayap ayam yang diambil.

Menurut pemiliknya, Janah Ludin, 70, dia mempertaruhkan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu dan ia menjadi makanan wajib sekiranya datang bersantai di pantai ini.

“Ramai orang datang sini dan beli sayap ayam madu sebagai menu utama lebih-lebih lagi pada setiap cuti hujung minggu.

“Tetapi hari biasa pun ada yang datang untuk menikmati sayap ayam ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Janah menambah, selain sayap ayam, dia turut menjual satay satak, satay ayam dan daging pada harga antar RM1.20 secucuk.

“Selain itu, menu minuman istimewa ialah air kepala tetapi turut menyediakan pelbagai jenis air minuman lain,” ujarnya.