Masalah itu berlaku setiap hari apabila ada pihak dipercayai bukan penduduk kawasan itu menggunakan jalan pintas tersebut seterusnya membuang sampah sarap di sepanjang laluan.

Berikutan wujud aktiviti pembuangan sampah di kawasan itu, pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) terpaksa menghantar petugas untuk membersihkan longokan sampah di situ setiap tiga hari sekali.

Sementara itu tinjauan di lokasi pembuangan sampah ha-ram itu baru-baru ini mendapati, pekerja SWM sedang bertungkus lumus mengumpulkan sampah sarap ke dalam tong.

Berdasarkan pemerhatian, pelbagai jenis sampah termasuk sisa pepejal dan sampah pukal berteraburan di sana sini.

Utusan Malaysia yang melalui kawasan itu boleh diumpamakan seperti merentasi lautan ke tapak pelupusan sampah haram yang pastinya menyakitkan mata memandang.

Seorang pekerja SWM yang enggan namanya disiarkan mendakwa, kegiatan pembu­angan sampah itu berlaku setiap hari sejak lebih 10 tahun lalu dan dipercayai dilakukan oleh orang luar.

“Bayangkan kami kutip sampah sekitar pukul 11 pagi, menjelang petang atau malam kawasan ini kembali penuh dengan sisa-sisa buangan.

“Sampah yang dibuang memang banyak, adakalanya sampai susah kenderaan mahu lalu di jalan ini, ada juga yang membuang sisa-sisa babi di kawasan ini.

“Apa yang mengecewakan, tong sampah disediakan di lokasi berhampiran tidak digunakan, sebaliknya dibuang merata-rata,” katanya ketika ditemui di lokasi tersebut.

Seorang lagi rakan setugas-nya yang juga enggan dikenali berkata, lebih mengejutkan sampah sarap itu dibuang dan dilonggokkan sesuka hati di te­ngah-tengah jalan.

“Sepatutnya tapak pembuangan sampah itu ditutup daripada terus menjadi tempat orang ramai membuang sampah sesuka hati.

“Lebih mengecewakan, papan tanda amaran yang di­letakkan agar tidak membuang sampah di kawasan itu langsung tidak diendahkan,” katanya.