Jurucakap acara larian itu, G. Prakash berkata, acara anjuran DMY Creation bersama Marathon Malaysia itu bertujuan mempromosikan filem baharu tersebut dalam kalangan peminat pelakon bertaraf ‘Superstar’ itu.

Katanya, larian sejauh lima kilometer itu membabitkan enam kategori iaitu terbuka, veteran dan antarabangsa (masing-masing dibahagikan mengikut lelaki dan wanita) yang mana penyertaannya dibuka sehingga 25 Mac ini.

“Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000 ditawarkan kepada pelari yang berjaya menamatkan larian di tempat pertama hingga ke-10 termasuk piala serta baju larian, pingat dan sijil penyertaan.

“Orang ramai juga berpeluang merebut hadiah cabutan bertuah yang disediakan,” katanya melalui satu kenyataan di sini.

Maklumat lanjut termasuk pendaftaran menyertai program tersebut boleh dibuat dengan melayari laman web www.kaalarun.com. - UTUSAN ONLINE