Acara anjuran Kem Rimba Back To Nature itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Junior Trail Run sejauh dua kilometer (km), Fun & Easy (7 km) dan cabaran lebih sukar dengan jarak 16 km, 25 km.

Run Asia Kemensah yang diadakan buat julung kali itu akan berlangsung dalam keindahan hutan berhampiran Zoo Negara.

Selain larian, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi sungai, memancing, kem kelangsungan hidup, menunggang kuda dan meneroka hutan dengan menaiki ATV.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh diperolehi dari laman Facebook www.facebook.com/irunasia. - UTUSAN ONLINE.