Malah bukan golongan muda sahaja yang merebut peluang itu, tetapi turut disertai pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan veteran.

Baru-baru ini, IH Event dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Bukit Pampong dan JKKK Kuala Keloi menganjurkan Raub Village Run 2017 dengan menarik lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada penduduk setempat.

Menurut Pengarah Projeknya, Idayu Hamid, acara tersebut dianjurkan bertujuan menggalakkan aktiviti sukan lasak serta mengisi masa lapang khususnya cuti hujung minggu.

“Acara ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 21 kilometer (km), 10 km dan lima km yang dikhaskan kepada golongan veteran.

“Selain itu, antara cabaran yang ditempuhi semua peserta dalam acara ini adalah dengan jarak sejauh 21 km meliputi 60 peratus laluan berhalangan, 40 peratus laluan berbukit dan melalui perkampungan Orang Asli,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Turut serta dalam acara tersebut bekas pelari lagenda Malaysia, M. Ramachandran.

Idayu berkata, penganjuran program itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan daerah Raub kepada orang ramai selain mencari pengalaman bersukan di kawasan perkampungan. - UTUSAN ONLINE